MY EMURID
PENGENALAN
My eMURID ini merupakan sistem merekod kehadiran murid setiap hari. Guru yang mengajar pada waktu pertama bertanggungjawab untuk merekod kehadiran kelas tersebut setiap hari. Sistem ini diwujudkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai keberadaan murid dan memudahkan guru kelas untuk mengisi kehadiran dalam APDM.
LANGKAH PENGGUNAAN
Muat turun aplikasi
login menggunakan emel delima guru (bertujuan untuk privasi data)
Guru kelas dikehendaki mengemaskini jumlah murid dalam menu daftar kelas.
Guru kelas juga perlu mengemaskini nama murid. Jika murid berpindah, nama boleh dipadam. Tambah murid jika ada murid baru.
Guru masa pertama hanya perlu menambah kehadiran murid setiap kali masuk ke kelas pada waktu pertama sahaja di menu Daftar Kehadiran. Tik nama murid yang HADIR sahaja.
MUAT TURUN APLIKASI
UNTUK RUJUKAN GURU KELAS
Guru kelas boleh menggunakan dasboard pengurusan sekolah untuk merujuk kehadiran murid untuk dikemaskini dalam APDM.