PROGRAM CERDIK

PENGENALAN

Semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020, YB Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa peruntukan berjumlah RM150 juta telah diperuntukkan untuk membekalkan peranti komputer kepada murid sekolah yang melibatkan 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis. Inisiatif ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah (YH) dengan mendapatkan sumbangan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLiC).

Selaras dengan dasar dan keperluan semasa, GP ini dikeluarkan untuk dijadikan panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk menguruskan peranti komputer hak milik KPM untuk dipinjamkan kepada murid yang layak di sekolah KPM.

KRITERIA KELAYAKAN

Peranti komputer dipinjamkan kepada murid warganegara Malaysia Tahun Empat (4) dan Tingkatan Tiga (3) di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bawah KPM yang memenuhi kriteria berikut:

  1. Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM4,850 [berdasarkan pengelasan isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2019)]; GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 3

  2. Murid tidak memiliki sebarang peranti komputer yang berspesifikasi ditetapkan oleh KPM dan YH; dan

  3. Murid tidak memiliki sebarang SIM Card pelan data untuk mengakses ke talian Internet.

Murid yang memiliki peranti komputer dan SIM Card pelan data untuk mengakses ke talian Internet seperti spesifikasi yang ditetapkan oleh KPM TIDAK LAYAK menerima peranti komputer dan pelan data tersebut.

SENARAI PENERIMA PERANTI CERDIK

MUAT TURUN BAHAN PROGRAM CERDIK

BUKU PANDUAN PROGRAM CERDIK SKPLD

CARTA ALIR PENYERAHAN PERANTI CERDIK SKPLD

BORANG PEMINJAMAN PERANTI CERDIK

BORANG PEMULANGAN PERANTI CERDIK

MUAT TURUN KAD DELIMA

DATA CERDIK SKPLD

BORANG DAFTAR (SEMENTARA)

DATA BUDAK DAFTAR (SEMENTARA JUGA)