SISTEM MURID CICIR 2.0
SISTEM MURID CICIR 2.0
Sistem Maklumat cicir 2.0 ini adalah penambahbaikan daripada sistem murid cicir sebelum ini. Sistem ini dibangunkan untuk mengesan murid-murid cicir peringkat sekolah seterusnya memudahkan guru kelas mengenalpasti murid cicir, merekod sebab dan alasan murid cicir serta melaporkan intervensi bagi mengatasi masalah PDPR untuk murid-murid cicir.
Klik pada butang di bawah, kemudian klik open/install. Login menggunakan id delima
PENGENALAN
Sejak pandemik covid-19 melanda negara, sistem pendidikan kini berubah memaksa guru dan murid menjalankan PDPR melalui atas talian dan pelbagai kaedah lain. Namun timbul kesukaran untuk mengenalpasti samada semua murid dapat mengikuti PDPR. Pihak sekolah juga tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai status PDPR murid. Adalah penting untuk pihak sekolah mendapat maklumat PDPR ini agar sama-sama dapat mengenalpasti masalah murid tidak mengikuti PDPR dan cara menangani bersama.